Apa dah jadi dengan Malaysia sebenarnya? Adakah anda fikir Malaysia sebuah negara yang hebat? Seperti yang dikatakan DS Najib, Perdana Menteri Malaysia kepada dunia? Tiada kebebasan media menyebabkan ramai rakyat Malaysia masih tertipu dengan sandiwara pemimpin kita padahal dunia luar mengetahui situasi sebenar rakyat Malaysia. Sangat mengecewakan.
Perkembangan dunia IT dan Multimedia membolehkan satu gelombang besar berlaku pada tahun 2008 di mana Pakatan Rakyat (PR) memenangi 4 buah negeri dan ini amat memberi impak mendalam kepada Barisan Nasional (BN). Segala keburukan BN didedahkan satu persatu melalui laman media alternatif di mana laman ini mendapat sambutan dikalangan orang-orang muda.
Bulan Mei 2012 yang lalu pula, walaupun menang 3 buah negeri, tetapi PR mampu mendapat sokongan majoriti sebanyak 52%. Lebihan 7 buah kerusi parlimen juga menggugat kedudukan BN di mana mereka gagal memperoleh 2/3 kerusi parlimen. Ini satu kejayaan yang baik bagi Pakatan Rakyat.
Isu sekarang pula tidak didedahkan oleh PR tetapi didedahkan oleh BN sendiri apabila berjaya menipu rakyat dengan janji-janji palsu yang mereka janjikan kepada rakyat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13. PR mengeluarkan manifesto terlebih awal berbanding BN tetepi langsung tidak diberi tempat untuk mengulas mengenai manifesto mereka. Tetapi "AkuJanji BN" dengan slogan "rakyat didahulukan" dan "janji ditepati" diberi liputan penuh di media-media utama sehingga diberi masa berjam-jam.
Tetapi apa yang dijanjikan hanyalah tinggal janji. Sebelum PRU-13, mereka berjanji untuk menaikkan harga minyak tetapi lepas 3-4 bulan, harga minyak dinaikkan sedangkan harga minyak dunia turun dan ini menimbulkan kemarahan rakyat. Ungkapan-ungkapan kurang cerdik oleh pemimpin semakin menghangatkan api kemarahan rakyat. Susulan kenaikan harga minyak, harga gula pula dinaikkan. Ulasan mereka bahawa harga minyak dan gula tidak naik tetapi dikurang subsidi hanyalah sebagai satu ungkapan yang memperbodohkan rakyat. Dan kemudiannya disusuli dengan bermacam barangan yang dinaikkan harga dengan ulasan-ulasan pemimpin yang langsung tak boleh diterima rakyat yang menanggung bebanan kos sara hidup yang makin meningkat. Slogan "rakyat didahulukan" telah bertukar menjadi "rakyat dibahulukan".
Terbaru adalah isu yang menjadi trending yang paling hangat di alam maya iaitu isu kangkong dimana DS Najib menyatakan bahawa rakyat merungut harga barangan naik tapi apabila harga kangkung turun, tiada pun yang puji rakyat. Ucapan beliau itu dijadikan bahan jenaka sehingga diperingkat luar negara. Ini menunjukkan bahawa DS Najib inginkan pujian sedang selama ini di'kondem' sesetengah rakyat akibat kepimpinannya yang paling buruk dalam sejarah.
Sepanjang 5 tahun beliau sebagai Perdana Menteri, segala kepincangan telah direkodkan dan yang paling hangat adalah berkenaan hutang negara yang mencecah ke paras bahaya iaitu melebihi RM500 billion, peningkatan lebih 200% setelah DS Najib ambil alih pentadbiran Malaysia. Faktor utama peningkatan hutang negara adalah disebabkan ketirisan perbelanjaan negara, pengeluaran wang haram yang banyak serta keborosan DS Najib dalam berbelanja. Ditambah pula dengan suara PR dalam parlimen yang besar membolehkan kenyataan audit negara dipaparkan kepada rakyat agar rakyat tahu kepincangan yang sedang berlaku oleh kepimpinan DS Najib.
Pelbagai lagi isu yang akan saya kupaskan satu demi satu agar kita sama-sama sedar bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran negara kita. Malaysia pernah berada di satu tahap yang agak tinggi dan kini kita boleh katakan prestasi Malaysia antara yang terburuk dalam sejarah. Soal matawang yang lemah serta pelbagai lagi faktor yang melemahkan ekonomi negara dan sebagai rakyat Malaysia, ini merupakan satu perkara yang amat membimbangkan. Ketahuilah bahawa Malaysia merupakan antara negara kaya dan prestasi sedia ada ini bukanlah satu pencapaian yang memuaskan.
Teruskan bersama saya lagi untuk kupasan-kupasan berkaitan. Terima Kasih.






No comments:
Post a Comment